28 May 2018

Best ke kos Sains Komputer?

Hi!
ramai jugak tanya pasal kos sains komputer. kos ni boleh jadi apa je? best ke? masa depan cerah ke?

Okay. so before saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya baru sem 2 ya. masih belum cukup pengalaman untuk bercakap pasal ni. tapi, saya akan bagitahu apa yang telah saya lalui sampai sem 2. and sekarang ni tengah struggle untuk final lepas raya ni! saya sedang menuntut dekat Uitm kampus machang.

so, apa yang korang akan belajar? of course computer programming, computer theory, maths and etc. first sem korang akan belajar jugak akaun. just a basic accounting. then, sem dua korang akan belajar economy. basic jugak same goes to sem 3 korang akan belajar basic management. tak perlu risau sebab sangat2 basic. ini hanya untuk memupuk sifat keusahawanan di antara pelajar uitm je. maths pulak senang je. sama macam addmaths spm tapi ada tokok tambah sikit lah. kalau uols focus, in shaa Allah tak ada ape yang perlu dirisaukan. just focus!

so ni course outline yang korang akan belajar dari sem1-5

jangan cakap kos ni kos cikai atau kos lelong eh sebab kos ni isnt easy as abc. even engineer pun ramai fail ambil subjek BASIC programming. haa.. nampak susah kan? tapi, kalau u betul2 determine and focus masa belajar, senang je. kena faham konsep dan format. kalau faham basic, datanglah soalan macam mana pun, confirm boleh jawab. yang penting, kena kukuhkan basic.

kos ni belajar cara nak hack ke? hmm saya belum belajar sampai tahap tu tapi ramai senior cakap ya memang akan belajar nanti. miss saya cakap kos ni sem 1-sem 3 agak tough. sampai sem 4-5 senang je. sebab basic dekat sem1-3. sem 4-5 tu cuma mengaplikasikan apa yang kita belajar. sem satu memang senang je. sem dua agak susah sikit HAHA! sebab kena belajar theory..

Kos ni ada banyak peluang pekerjaan ke? SANGAT BANYAK. boleh jadi programmer, boleh jadi analyst, boleh jadi software engineer dan macam macam lagi.. tak perlu risau tentang pekerjaan sebab zaman sekarang ni zaman semua benda guna teknologi IT. kalau minat kereta, boleh kerja dengan syarikat kereta sebab sekarang ramai programmer diperlukan. banyak kereta sekarang guna teknologi IT untuk buat kereta.


Ni di antara peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini


Boleh tekan SINI untuk tahu lanjut pasal course outline dan syarat kelayakan.

Akhir sekali, saya nak cakap yang kos ni tak susah mana pun kalau awak focus belajar dan rajin. jangan belajar kos ni dengan niat untuk godam sosial account orang yang awak benci ya. Tanam niat belajar kos ni untuk banggakan ibu bapa dan untuk menjadi orang yang berjaya seperti Bill Gates. 

Kalau ada apa apa nak tanya, sila comment di ruangan comment dekat bawah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best ke kos Sains Komputer?

Hi! ramai jugak tanya pasal kos sains komputer. kos ni boleh jadi apa je? best ke? masa depan cerah ke? Okay. so before saya mulakan, say...