28 May 2018

Best ke kos Sains Komputer?

Hi!
ramai jugak tanya pasal kos sains komputer. kos ni boleh jadi apa je? best ke? masa depan cerah ke?

Okay. so before saya mulakan, saya nak bagitahu yang saya baru sem 2 ya. masih belum cukup pengalaman untuk bercakap pasal ni. tapi, saya akan bagitahu apa yang telah saya lalui sampai sem 2. and sekarang ni tengah struggle untuk final lepas raya ni! saya sedang menuntut dekat Uitm kampus machang.

so, apa yang korang akan belajar? of course computer programming, computer theory, maths and etc. first sem korang akan belajar jugak akaun. just a basic accounting. then, sem dua korang akan belajar economy. basic jugak same goes to sem 3 korang akan belajar basic business. tak perlu risau sebab sangat2 basic. ini hanya untuk memupuk sifat keusahawanan di antara pelajar uitm je. maths pulak senang je. sama macam addmaths spm tapi ada tokok tambah sikit lah. kalau uols focus, in shaa Allah tak ada ape yang perlu dirisaukan. just focus!

so ni course outline yang korang akan belajar dari sem1-5

jangan cakap kos ni kos cikai atau kos lelong eh sebab kos ni isnt easy as abc. even engineer pun ramai fail ambil subjek BASIC programming. haa.. nampak susah kan? tapi, kalau u betul2 determine and focus masa belajar, senang je. kena faham konsep dan format. kalau faham basic, datanglah soalan macam mana pun, confirm boleh jawab. yang penting, kena kukuhkan basic.

kos ni belajar cara nak hack ke? hmm saya belum belajar sampai tahap tu tapi ramai senior cakap ya memang akan belajar nanti. miss saya cakap kos ni sem 1-sem 3 agak tough. sampai sem 4-5 senang je. sebab basic dekat sem1-3. sem 4-5 tu cuma mengaplikasikan apa yang kita belajar. sem satu memang senang je. sem dua agak susah sikit HAHA! sebab kena belajar theory..

Kos ni ada banyak peluang pekerjaan ke? SANGAT BANYAK. boleh jadi programmer, boleh jadi analyst, boleh jadi software engineer dan macam macam lagi.. tak perlu risau tentang pekerjaan sebab zaman sekarang ni zaman semua benda guna teknologi IT. kalau minat kereta, boleh kerja dengan syarikat kereta sebab sekarang ramai programmer diperlukan. banyak kereta sekarang guna teknologi IT untuk buat kereta.


Ni di antara peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini


Boleh tekan SINI untuk tahu lanjut pasal course outline dan syarat kelayakan.

Akhir sekali, saya nak cakap yang kos ni tak susah mana pun kalau awak focus belajar dan rajin. jangan belajar kos ni dengan niat untuk godam sosial account orang yang awak benci ya. Tanam niat belajar kos ni untuk banggakan ibu bapa dan untuk menjadi orang yang berjaya seperti Bill Gates. 

Kalau ada apa apa nak tanya, sila comment di ruangan comment dekat bawah. 

Pengalaman Belajar Di UiTM Kampus Machang





Hi Assalamualaikum! mesti ramai yang tengah cari maklumat pasal uitm kampus machang kan? lagi lagi sekarang ni result upu lepasan spm/setaraf baru je announced. saya daripada kos sains komputer diploma part 2. bulan 9 ni masuk part 3.
Image result for uitm machang

ni lah bangunan pentadbiran uitm machang. masuk pintu pagar tu, ni first bangunan yang korang akan nampak
Image result for uitm machang
ni pulak kolej TAR. 
credited to blogger khair-mini.blogspot.com


Best tak duduk sini? so far, okay je. tak ada lah besar macam uitm shah alam tapi best la sebab suasana pembelajaran, lecturers yang sangat membantu dan facilities yang memudahkan. kat sini ada 2 kolej lelaki (kolej TAR dan TR) dan empat kolej perempuan (TDM,DO dan THO) kalau tak silap lah. kolej TAR ada 5 tingkat setiap wing (wing ni macam satu blok belah kanan, satu blok belah kiri. so kat sini panggil TAR left untuk blok belah kiri dan vice versa).

perempuan senang nak pergi mana mana sebab ada giling (van kuning macam van sekolah). giling ni biasanya ada dekat student centre dengan dekat kolej perempuan je. lelaki susah sikit nak naik giling ni sebab kolej lelaki dengan kelas dekat je. unless kalau macam nak main futsal ke malam malam, boleh lah tempah giling. kalau rumah korang dekat kota bharu, lagi senang korang nak balik rumah sebab giling memang tiap tiap minggu ada bawa korang balik kb. tambang pun okay la tak mahal sangat(RM8). biasanya giling akan ambil korang dari kolej ke kb mall/stesen bas kota bharu. then kalau nak balik uitm pun senang sbb giling tetap ada. mudah kan? tambang dari kolej perempuan ke student centre, kalau tak silap dalam 50 sen je. tapi kalau nak jimat, jalan kaki pun boleh tapi agak jauh lah. kalau yang nak diet tu boleh je jalan kaki.

selain daripada kos AD( art design), biasanya kelas untuk belajar akan dibahagikan dekat blok A,B dan D. blok C iaitu blok khas untuk kos AD sahaja. maknanya, selain kos AD, terpaksa lah korang kejap ke blok A kejap ke blok D bergantung pada jadual korang. kedai makan pun banyak dekat luar siap ada dobi dan 7E. dekat setiap kolej ada je washing machine (RM3) untuk setiap basuhan. biasanya hari sabtu yang paling ramai orang guna washing machine so make sure kalau nak basuh baju, sila bangun awal pagi untuk berebut gunakan washing machine ya.

cafe dekat kolej lelaki ada satu je. dekat kolej perempuan saya tak tahu tapi rasanya banyak gila cafe dekat kolej perempuan so tak payah risau ok? sem 1 ni boleh bawa motor ke? TAK BOLEH ya. tunggu awak sem 2.

Dekat u ni boleh ke pakai seluar ketat ke pallazo ke? TAK BOLEH ya. jumpa polis bantuan nanti, kena saman. satu saman bernilai RM50 ya so jangan main main sebab kawan saya dah banyak kena saman sebab tak mengikut sahsiah diri.

Last sekali saya nak bagi nasihat lah sikit. dah nak masuk u ni, jangan ingat semua orang baik ya. masih ramai yang kurang baik. dekat u ni juga lah awak akan jumpa macam macam ragam manusia. jadi, pilihlah kawan yang betul supaya boleh bawa awak ke jalan yang betul.

Selamat datang ke UiTM Kampus Machang! Semoga menjadi seorang siswa yang berjaya.

Kalau nak tanya apa apa, tanya je dekat comment nanti saya reply ya kalau ada masa. TQ.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best ke kos Sains Komputer?

Hi! ramai jugak tanya pasal kos sains komputer. kos ni boleh jadi apa je? best ke? masa depan cerah ke? Okay. so before saya mulakan, say...