28 Jul 2017

Resepi Aglio Olio Paling Simple (The Simplest Aglio Olio's Recipe)



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Okay. dah nampak kan tajuk dekat atas? ye aku nak kongsi pasal resepi makanan itali yang ramai orang suka. Aglio Olio. FYI, Aglio ni maksud dia 'garlic' dan Olio ni pulak maksud dia 'oil'. Tu lah asas untuk buat spaghetti ni. Hanya menggunakan bawang putih iaitu garlic dan juga minyak iaitu oil. Orang zaman dulu kala (di italy) hanya buat spaghetti dengan bawang putih dan minyak iaitu dengan menumis bawang putih menggunakan minyak zaitun kemudian masukkan pasta. senangkan? tapi resepi ini berubah mengikut peredaran zaman. so, ada penambahan seperti chili flakes, daun parsley dan sebagainya. aku start suka makan pasta ni sebab kesedapan dan kelazatan pasta prawn olio yang aku makan dekat pizza hut. resepi aku kali ni pun takde la sesedap pizza hut. kalau nak resepi macam pizza hut punya, youguys bleh search di enjin carian google(prefer the most) sebab ada lah blogger yang bagitau resepi pasta prawn olio tu sbb diorang penah kerja dkt pizza hut. okay. malas cakap banyak. jom kita terus ke bahan bahan. ni aku bagitau resepi untuk 2 orang makan ye. kalau kau nak buat untuk kau sorang, just bhagi 2 bahan bahan yg tertera dibawah ni okay? kenapa bahagi dua? entah lah nak. aku pun bukannya chef profesional nak cakap kenapa kenapa.tapi selalunya memang macam tu la aku buat. haa kalau korang tak nak pening kepala, just buat untuk 2 orang. sebab kalau sedap, memang tak cukup la sepinggan nak oii.. selalunya aku ambil 15-20 minit untuk buat spaghetti ni.

Bahan-bahan untuk membuat Pasta Aglio Olio (untuk 2 orang) :




  • bawang putih (4 ulas)
  • 1/2 labu bawang holland
  • spaghetti 2 genggam (1/4 daripada sepaket pasta tu. alah pandai2 la kau agak untuk dua orang makan)
  • minyak zaitun (extra virgin )(3sudu besar). kalau xde minyak zaitun, guna je minyak masak biasa. pun boleh. minyak zaitun ni minyak yang baik. so letak banyak sikit pun takpe. jangan letak terlampau banyak sudah. haa kalau minyak masak biasa tu jangan sbb banyak lemak. ok?
  • udang (4-6 ekor)
  • sotong*
  • ayam yang dipotong kecil*
  • cendawan butang*
  • chili flakes 2 sudu besar(kalau xde, hang pakai jela cili merah ke apa)
  • blackpepper*
  • secukup rasa (dalam 2 sudu teh)
  • garam secukupnya
  • fishballs*
  • oregano flakes
* tak letak pun takpe. tu kalau kau nak letak, letaklah.

Cara-caranya :
  • mula2, rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih (kau tengok dekat belakang paket spaghetti tu, dia ada tulis masa untuk merebus spaghetti. aku rasa lain brand,lain masanya.) kau letak la garam secubit dan sesudu besar minyak masak semasa merebus spaghetti. ini supaya spaghetti anda tidak melekat sesama sendiri. kalau brand san remo, rasanya dalam 10 minit macam tu lah. jangan bagi keras sangat. jangan bagi lembut sangat. ni petua sapa ntah, kalau nak tahu spaghetti tu dah masak ke belum, kau ambil satu dan campakkan dekat dinding. kalau melekat tu, dah masak lah tu. ingat, air rebusan spaghetti jangan dibuang semua. kau ambil 1/2 secawan air rebusan sebelum buang bakinya.
  • lepas selesai merebus, toskan spaghetti.
  • panaskan minyak zaitun/minyak masak.
  • masukkan bawang putih dan bawang holland. klau nak masukkan cili, masukkan sekali masa ni okay ;)
  • bila warna bawang2 dah bertukar kepada perang perangan, masukkan udang dan lauk lain.
  • masukkan 1 sudu besar chili flakes. gaul sebati
  • masukkan air rebusan spaghetti.
  • masukkan garam,oregano sedikit dan secukup rasa
  • masukkan spaghetti
  • masukkan sesudu besar lagi chili flakes.
  • gaul rata. tunggu dalam 2-3 minit
  • siap untuk dihidangkan.
okay dengan ini aku sertakan gambar2 yang sempat aku ambil tadi yee..

ni bawang yang akan dipotong
(4 ulas bawang putih dan 1/2 labu bawang holland)
bawang putih yang telah dicincang dan bawang holland yang dipotong dadu
ni je bahan untuk buat spaghetti ni (1 je takde dalam gambar iaitu air rebusan spaghetti)
Dari kiri : oregano (aku guna ground sbb tersilap beli haha alang2 dah beli, guna jelah. tapi sepatutnya guna oregano flakes ye anak anak),chili flakes,garam,secukup rasa

Spaghetti yang telah direbus dan ditos


yang ni air rebusan spaghetti. kenapa warna macam tu? dont ask me ahhahha tapi ambil separuh cawan je okay


ni aku guna 6 ekor udang dan 10 ketul fishballs(saya penggemar fishball. takletak fishball pun takpe. udang tu buang kepala dan sebahagian kulit badan dia. ekor jangan buang yeee..


ini lah rupa dia hahaha.. selamat menjamu selera!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Aglio Olio Paling Simple (The Simplest Aglio Olio's Recipe)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Okay. dah nampak kan tajuk dekat atas? ye aku nak kongsi pasal resepi makanan itali yang ramai...