31 Dec 2012

Happy New Year !


HAPPY NEW YEAR !!


Apa azam korang tahun niy ?? Lame kan xupdate label mY storY.. hehe,, hari ni, ade satu nak kongsi.. setelah setahun menempuh hidup susah dan senang, akhirnya dah nak masuk 2013..
Ramai la yang update status kat facebook camni 

" Jangan masuk ke tandas pada 31/12/2012 pukul 11.59 kerana anda akan keluar pada tahun depan" banyak sangat kenangan pahit manis bersama-sama. kejap je rasa.. pejam celik pejam celik dah nak masuk 2013.. dulu, hangat dengan cerita dunia akan kiamat pada 21/12/2012.. memang la mula-mula takut sebab cerita ni bukan hangat hangat tahi ayam, tapi, panas membara.. seram sejuk juga.. tapi, lepas difikir-fikir, takkan la betul.. malaikat pun tak tahu bila nak kiamat,ni kan pula kita.. dekat timur, 1hb dah start sekolah dah.. kalau kat perak,Selangor dan banyak lagi negeri yang akan start skool pada 2 hb.. hurm.. Rupa-rupanya afiq dah nak masuk 14 tahun.. wah... cepat nyee rase..dah hampir setahun xjupa kawan baik yang telah berpindah di kedah.. no. handphone xde,facebook xde, twitter xde.. so, camne nak hubung.. kiteorang dah kawan 4 tahun.. semua tu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..
Kalau awal tahun, perhimpunan rasa ramai je orang.. bila dah tengah tahun, kurang sikit.. akhir tahun, rase macam form 1,2,3 and form 6 je ade.. yang lain pegi mane?? comfirm ponteng.. ape daaa.. mmg, ramai orang kat dalam malaysia benci / xsuka akan perhimpunan.. afiq pun xsuka perhimpunan sebab panas,lenguh kena berdiri,lemas dan bermacam macam lagi.. dah 2 kali dh rase nak pengsan je.. mse rase dah tk thn, ajak kawan pergi belakang sekolah untuk berehat kejap sebab rase nak pitam.. lame jugak la rehat.. pas2, dah rase ok lepas rehat.. and then, masuk balik perhimpunan.. pas2, tiba2, dah boleh masuk kelas dah.. best nyerr..hahahha..how about you?? hehehhe.. rasenye,dah panjang afiq taip, oke lah,, kita akan jumpa lagi.. selalu selAlu la jenguk jenguk blog HujanPanas.. Nak Tengok filem,korean drama dan macam macam lagi, layari hujanpanas011.blogspot.com

30 Dec 2012

Strawberi Cinta




SinopsisIchigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula. Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut apabila dia terserempak dengan Ichigo yang nampak keliru. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari rakannya bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 18 tahun lalu sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya. Kemudian seorang anak perempuan Rozita, Najwa keluar dari rumah apabila mendengar ibunya menangis. Rozita memberitahu Najwa bahawa Ichigo adalah kakak tirinya. Pada mulanya Najwa agak terkejut namun dia dapat menerima kehadiran Ichigo. Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun, keluarga Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa kejutan sekali.

MKV FILE





25 Dec 2012

Lagenda Budak Setan II




Sinopsis: LAGENDA BUDAK SETAN 2- KATERINA Sinopsis Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis. Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran. Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami gaynya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi… tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula….. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…

MKV FILE




19 Dec 2012

Pontianak VS Orang Minyak


Sinopsis: Ponti dan Omi merupakan dua ekor hantu yang baru berjinak-jinak dalam dunia hantu. Ponti merupakan seokor pontianak lelaki yang pertama kerana sebelum ini urusan menjadi pontianak hanya dipelopori oleh wanita. Omi merupakan seorang anak teruna yang kehilangan punca dan kasih sayang daripada masyarakat. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk bersahabat dengan lembaga hitam yang menjadikan beliau orang minyak. Oleh kerana mereka masih baru dalam dunia hantu, mereka di ajar oleh hantu yang lebih berpengalaman(otai) untuk menjadi hantu yang lebih berjaya. Sebagai satu ujian, mereka secara kebetulan telah di hantar ke sebuah kampung yang sama untuk menguji kehebatan mereka dalam menakutkan orang kampung tersebut dan mereka bermusuhan. Kampung tersebut bernama Kampung Puaka. Penduduk Kampung Puaka sudah lali denga gangguan daripada makhluk halus seperti Ponti dan Omi. Oleh itu, mereka sedikit pon tidak gentar apabila berhadapan dengan makhluk dari alam berkenaan. Suatu hari, terdapat sebuah keluarga baru berpindah ke kampung tersebut. Keluarga ini tidak biasa dengan gangguan makhluk halus. Keluarga tersebut terdiri daripada seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Ini adalah peluang terbaik untuk Ponti dan Omi menjalankan tugas mereka menakutkan keluarga tersebut. Ketika ini, Ponti dan Omi menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memastikan siapa yang lebih menakutkan. Mereka bersaing sesama mereka sehingga segala cubaan untuk menakutkan keluarga tersebut sering dipatahkan sesama sendiri tetapi setiap kali mereka gagal,mereka juga menghancurkan sebahagian daripada kampung itu. Mereka tidak pernah bersatu dalam usaha mereka itu walaupun sebenarnya mereka mampu berbuat demikian. Penghulu Rejab yang sudah tidak tahan dengan kehancuran kampung puaka cuba meminta pertolongan Pakok dan Hentak, dua orang yang pakar dalam bidang membunuh hantu. Komuniti hantu kawasan Kampung Puaka marah dengan kehadiran Pakok dan Hentak yang mengganggu hidup mereka. Satu pertempuran hebat telah berlaku antara Kampung Puaka dan komuniti hantu kawasan Kampung Puaka.






10 Dec 2012

Istanbul Aku Datang !




Sinopsis: Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?








Zaiton : Ceritaku



Sinopsis: Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Aglio Olio Paling Simple (The Simplest Aglio Olio's Recipe)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Okay. dah nampak kan tajuk dekat atas? ye aku nak kongsi pasal resepi makanan itali yang ramai...